Tuesday, 29 January 2019

Chiang Mai & Chiang Rai Trip 2016 (Part 1)

*** EDISI TERPERAP 2017

Pakej : 4H3M (selamatbercuti.com)
Tour Guide : Ms. Lily
Kos Pakej : RM 1450/pax ( All in )
Kos Shopping : Ikut kemampuan


Percutian awal tahun kali ini bersempena dengan cuti sekolah selama seminggu (bila cuti sekolah jer baru la entry muncul...hehehe). Kali ni hakak n fmly join opis trip yang dianjurkan oleh opis tempat hakak kerja. Destinasi seperti kat atas...4H3M ke Chiang Mai & Chiang Rai.

Bila bos besar bagitau nak trip ke Chaing Mai & Chiang Rai jer, automatik hakak n kakak opis nie berpandangan dan siap tanya apa la yang ada kat Chiang Mai & Rai ni sampai bos beriya nak gi sana...blurrr jap...google please!!!!

Family trip kali ini, company opis hakak gunakan khidmat selamatbercuti.com . So semua aktiviti merekalah yg plan dan kami follow jew...(x payah pening pale...hehehe)

DAY 1

Lebih kurang dalam pukul 2.35 pm waktu Malaysia kami sampai di Chiang Mai International Airport. Perjalanan amik masa dalam 2 jam 45 minit jer dari KL ke Chiang Mai ni...hehe..waktu Malaysia dan chiang Mai lebih kurang sama jerrr...


Selesai aktiviti check out semua....bergerak la kami semua kepintu keluar untuk menaiki bus yang memang disediakan oleh agent yang dilantik. Surpriseeeee....semua orang dapat kalungan bunga yang dibuat dari bunga melur. Terasa macam wow! sangatttt...ehehehe...tapi aku pening kepala dengan bau munge tu




WAT Phrathat Doi suthep


Destinasi pertama selepas check-out adalah ke  Wat Phrathat Doi Suthep Temple. Perjalanan dari Airport Chiang Mai adalah sekitar 1 Jam. Satu yang best kat Chiang Mai ni adalah jalan memang clear dan tak jam. Pengangkutan yg disediakan untuk pihak kami adalah bas. So kira sumbat semua segala bag dalam bus sebab tak check in hotel lagi. Semua ni sebab tak mau masa terbuang tanpa aktiviti...hehehe.




Waktu kami pergi ni adalah musim panas dah. 2 minggu sebelum ni cuaca di sini sejuk...suhu dalam belas2 jer. So sepanjang perjalanan akan kelihatan pokok2 tinggal ranting jer sebab baru je habis musim sejuk...rugi pula x de merasa pakai baju sejukkk memanjanggg...huhuhu


 Dari atas temple ni boleh nampak la Airport dan bandar Chiang Mai keseluruhan. View memang cantik la..so pe lagi...semua amik kesempatan utk klik! klik sambil berposinggg....








Tunggu turn nak naik lift utk ke atas




Untuk naik ke atas temple ni ada 2 cara. Kalau korang nak free😁... naik la melalui tangga (semputtt dan mengah kalau tak cukup stamina..haha..sebab tinggi jugek) dan berbayar melalui lift (ticket dalam 30 Baht). Hakak sebab dah masuk dalam pakej tapi kena buat pilihan samada nak naik guna lift & turun guna tangga atau sebaliknya. Sebab Lily kata nak bagi rasaaaa....rasa la sangat kan. So opcosss pilih naik lift ...turun tangga sebab nak kena dokong anak wehhh!

Selesai berfoto2 kat atas tu...hakak n fmly turun awal almaklum la kena guna tangga plus dokong anak. Lepak depan temple tu. Berdepan dengan temple tu ada gerai2 yang menjual buah-buahan, pelbagai jenis jus,makanan dan cenderamata. Hakak terliur tengok jus mangga yg member dah beli awal...order la 1..perghh memang puas hati sebab pekat dan yg paling best murahhhh kalau nak bandingkan dgn Malaysia. Untuk makanan was2 sket la utk org Islam. Pulut mangga dia pun murahhh...cumanya kat sini yg kurang selesa sebab ada banyak anjing dok berkeliaran dan nak bermanja2...hahaha


Bila semua dah selesai dengan agenda masing2...bas pun sampai dan bergerak la ke Destinasi ke-2 iaitu ke Old Chiangmai Cultural Center (OCCC). Kami sampai dalam 6.00 pm waktu Thailand.

Masuk jer area OCCC kami disambut dan dijamu mata dengan pelbagai barangan kraf Thailand. Sebelum tu penjual strawberry sambut kami dulu dengan jualannya...hehe...manis dan harga sangat la murahhh berbanding kat Malaysia nie. So apa lagi kaki2 strawberry memang layan berpek2 beli sambil makan sepanjang perjalanan nak masuk OCCC.




nampak takkkkk...hehehe..semua pulun strawberry. Anak hakak pun join sekali!



Jangan terkejut pulak yer abg2 n hakak2...sebab pakaian penari kat OCCC ni bole dikatakan agak seksi..tapi nak wat cam ner sebab ni memang pakaian tradisional dia org..(terkejut ker sukeee!)


Masuk jer kat bahagian dalam OCCC ni bole nampak banyak tempat makan yang disediakan...pilih la samada nak duduk atas kerusi..atas pangkin atau bersila kat bawah jer...group kami lily pilihkan untuk duk bawah ...makan bersila sambil santai2..sesuai kot sebab ramai staff yg bawa anak2 kecik.

Menu makan malam pun dihidangkankan dimana berasal dari tradisional utara Thailand. Hidang kat atas tray kayu macam gambar bawah nie. Dia orang panggil " Khantoke". So far makanan sedap2 juga. Nasi pulak dia letak dalam bekas yang dianyam mcm tikar tu...sodapp pula nasi beras Thai kat sini nie...



masa tengah makan ni datang la photograper offer utk amik gambar. Hakak x ingat bape dia charge tapi kami amik ler juga...huhu


Dinner ni santai2 sangat sebab sambil makan dihidangkan dengan macam2 persembahan tradisional mereka mcm tarian, nyanyian, lakonan...lawan2 pedang punnn aderrr...terkesima hakak tengok. Yang penari pula memang kulit dia org cantikkk sangat..gebu dan putih mulus plus lemah gemalai tarian mereka iteww...








okay yang bawah ni penari dari Indonesia bukan dari Thai. Muslimah giteww...heheh Dr yuli wife opismate. Dia memang sporting sangat...hakak segan nk tunjuk skill uoalls...hehehe...sessi ni last sebelum tutup tirai...dia akan panggil tourist untuk mencuba tarian dia org.


Kenyang sudah, rehat sambil santai sudah, menari sudah...so tinggal upacara nak shopping kat bhg luar OCCC ni. Kebanyakkan barang kraft la..beg, t-shirt, cenderamata..tp seriuss murah dan masih bole kalau nak tawar lagi. 

Settle semua kat OCCC ni hakak dan rombongan pun bergerak ler ke Chiang Rai. Sebab mlm 1st ni memang bermalam di Chiang Rai. Chiang Mai ke Chaing Rai ni dalam 152 km. Kira OCCC ni kat pertengahan la. Rehat sat dalam bas...biarkan driver bekerja pulak...huhuhu..

Sebelum check in kat Resort, Lily plan nak singgahkan kami kat pasar malam Chiang Rai. Sapa tak nak kan shopinggg...walaupun dah penat dari pagi sampai la malam perjalanan tapi bab shopinggg tetap bersemangat dan gagah..kahkahkah..best treatment katanyaaa! Yang tak bestnya bila Lily kata 1 hrs jerrrr....aduiii mana cukup. Bos besar dah ngantuk katanya...hehehe...

Gambar kat pasar malam Chiang Rai x der sebab hakak busy...hehehe..kalau nak tengok juga sila tanya cik google. Eh..eh..ada 1 rupanya selongkar dr IG hakak! Tapi seriussss rugi tak beli banyak kat sini sebab beza harga dengan kat Chiang Mai pasar malam sangat la banyak. Sini lagi murahhhh.....walaupun Pasar malam Chiang Mai lagi besar. 


Kira 1 jam tu sepatutnya  sightseeing sajokkk....tapi sebab tu jer masa yg diberi maka nyer kena sepantas kilat n mana berkenan jer terus sambar...skill tawar menawar jangan dilupa dik...perlu walaupun nak cepatt...hahaha..dapat la sambar beg jenis kain tu, seluar, selendang pashmina thai silk, t-shirt dan beberapa barang lagik. Walaupun rushing cam nak lari 4 x 100 m kejar mengejar...hakak tetap nak masuk acara nie...haha.


Naik bas balik semula bila cukup masa yang diberi dan acara seterusnya tenangkan diri sambil bye2 Pasar Malam Chiang Rai sebab nak gerak ke Hotel dan berehat.

Day 1 Hotel :  Laluna Hotel & Resort, Chiang Rai

Hakak dan rombongan sampai kat Laluna Hotel & Resort ni kira hampir tengah malam dah. Besar kawasan resort ni siap ada swimming pool tapi sebab dah malam x der la hakak nak meninjau2 sbb seram pulak ...pokok besar2...hehe..(hakak kurang berani bukan takut...kehkeh) Uoalls bole tengok kat Pakcik Google yer..






Semua gambar Resort adalah waktu pagi...memalam sampai terus masuk bilik sebab dah lewat sampai....




 Bilik air konsep tak der pintu...hehehe..tapi cantik la

  


Cafe tempat nak breakfast....cantikkk juga..semua under package so tak tau harga makanan kat sini. So far request semua makanan yang halal



Masa untuk berangkat ke destinasi seterusnya....x sempat nak explore resort ni sebab awal pagi dah kena teruskan perjalanan.

Nanti hakak sambung balik kat entry Chiang Mai & Chiang Rai Trip (Part 2)







Thursday, 20 August 2015

Limastiga Private Vacation Villa - 4D3N




Assalamualaikum...

Cuti sekolah  tiba lagi....wohaa! anak2 mula la bertanya harus kemanakah cuti kali ini...uhukk. Berlainan sungguh anak2 zaman sekarang dengan zaman masa aku dulu. Masa aku dulu tiba waktu cuti persekolahan jer paling jauh mak dan bapa aku akan bawa balik kampung je...idak pun terperap la kat rumah tengok tv sampai lebam. Anak zaman sekarang bagi dia org cuti adalah waktu untuk berjalan2

Cuti Pertengahan kali ni aku tak payah nak pikir sebab keluarga sebelah en suami  dah plan untuk bercuti bersama-sama ke Melaka. Destinasi pilihan adalah ke Limastiga Private Vacation Villa. Urusan Booking semua abang2 & kak ipaq buat...so kami ikut saja apa yg dah di rancangkan. Tapi kalau tengok booking kalender limastiga ...fuhhh..memang kebanyakkan dah penuh sahaja. Ada member bagi tahu nak book setahun before pun dah penuh terutama musim cuti sekolah...larissssss gitu..ahaks


Family encik suami ambil pakage 4 hari 3 malam. Memandangkan Family encik suami agak besar (11 fmly) maka kami share bilik...1 bilik masuk 2 keluarga. Family aku dok kat Rumah 1...

Apa yg  ada dan menarik kat rumah 1 :
~ Ruang bilik yang besar ( 2 bilik shj)
~ 2 katil Queen size
~ bilik air every room,
~ Kelengkapan untuk 'iron' baju
~ Sejadah disediakan
~ Ruang tamu yang sangat la besarnya, tv, perabot, toto tambahan
~ Dapur, kelengkapan memasak, pinggan mangkuk, microvawe, peti sejuk dan lain2

***Untuk pengetahuan semua peralatan memasak boleh digunakan tanpa was-was yaa.... Ini kerana penginapan ini hanya dibuka kepada muslim sahaja. So tak perlu la nak angkut periuk nasi & pinggang mangkuk bagai...

(bilik air yg bersih and open air...hehehe)



(nampak tak ruang tamu yg besar....ini sempena pertandingan mewarna ...wohaa!!)

Persekitaran adalah sangat bersih dan damai ...sesuai sangat bagi mereka yang inginkan ketenangan sambil beriadah bersama keluarga. Kiranya aku memang suka lahhh !!! Biar gambar berbicara lah yerrr...wohaaa!!!

lepas mandi pool boleh siram badan kat sini sebelum masuk ke bilik...suka sangat dengan pokok yang lekat kat dinding tu...ihik!



                               

    ** untuk bilik kalau boleh sentiasa tutup pintu sebab ada juga nyamuk bila malam-malam...sebenarnya ada ikan yg dibela dikawasan yang ada air...tapi nyamuk tetap adaaaa...

Untuk Rumah 2 (ada 3 bilik, 2 attach room 1 kat bhg luar ) dan 3 (1 bilik sahaja sebab tingkat bawah adalah bilik karaoke) keadaan bilik sama seperti bilik kat rumah 1 cuma tak ada ruang tamu n dapur. Tapi ada ruang untuk berehat yang open air plus TV kat bahagian luar untuk bersantai.



Banyak aktiviti boleh buat dalam kawasan ni....sebab kira dalam ni family korang je yang ada. Aktiviti dalam air mcm main bola rebut2...ehehe..memang meriah dan dapat mengeratkan lagi kemesraan sesama keluarga. 
  



Swimming pool untuk dewasa


 swimming pool untuk kanak-kanak




Anak- anak memang happy giler sebab boleh dikatakan kebanyakkan masa dihabiskan di dalam air. Sepanjang 4 hari disini aktiviti anak2 adalah : pagi bangun terus mandi kolam...naik kejap breakfast...turun balik mandi ...naik lunch...rehat jap...pukul 3 turun mandi...naik minum petang kejap...mandi sampai maghrib...naik utk dinner...pas dinner mandi lagi sampai ke tgh malam...huhuh



Sebenarnya banyak juga aktiviti yang telah dirancang dalam percutian kali ini...termasuklah aktiviti kat bawah ni...mewarna utk kanak bawah 5 tahun, melukis, kuiz utk dewasa, manjahit tulang belut utk ibu2 (aku memang tak join ler bab-bab menjahit...ehehe...sebab tangan keressss)...karaoke dan banyak lagi.

Kebanyakkan masa akan dihabiskan di bahagian tengah/berdekatan BBQ area yang dipanggil Pavillion. Kiranya macam dewan makan atau dewan untuk berkumpul sambil bersantai la. Agak luas kawasannya dan boleh memuatkan semua keluarga sambil menjalankan aktiviti outdoor.


Khusuk sungguh anak aku mewarna....siap baring2 lagik :-P

hadiah sedia menanti untuk pemenang..ihiks

Wohaaa!!!...family aku menang 3 hamper untuk aktiviti yang dijalankan...encik suami lerr...aku busy jaga anak2..ahaha






Berkenaan makanan semasa menginap di sini...jangan susah hati sebab ada banyak pilihan samada nak amik je sekali pakej yang disediakan oleh Limastiga atau tempah catering dikawasan villa atau boleh juga masak sendiri. Macam aku n fmly hari tu tempah catering luar n masak sendiri sebagai tambahan.


 Bagi mereka yang suka ber BBQ... nak buat tiap2 malam pun boleh ...memang disediakan tempat dan peralatan untuk sessi bakar membakar...cuma perlu sediakan apa yang hendak di bakar n BBQ sendiri. Macam aku (kak ipaq sebanarnya...ehehe) hari tu sempat la buat ayam, ikan, hotdog, sate ....apa yang penting lepas guna semua peralatan haruslah dikemaskan dan dibersihkan semula.





Kat sini ada juga disediakan bilik karaoke bagi mereka yang suka menyanyi. Tapi kena sewa lain la....bukan masuk dalam pakej. Sejam RM40 dan boleh sewa dari pukul 9.00 sampai 12 malam. Disediakan LCD touch screen song selector, LCD Projector (Big Screen) n Berringer sound system. Kira kababoom la kalau nak nyanyi ...suara sedap ka x sedap ka...ada aku kesah....hahaha


Best menginap di Limastiga ni sebab ia berdekatan tempat-tempat yang menarik disekitar Melaka. Kiranya tak perlu la drive jauh untuk makan atau melawat tempat-tempat bersejarah juga untuk shopping.

Antaranya adalah :

Muara Ikan Bakar Umbai ( the famous grilled fish): 2 minute-drive
Restoran Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka : 3 minute-drive
Nakhoda Seafood : 3 minutes drive
Istana Seafood Restoran : 4 minute-drive
Jetty to Pulau Besar : 4 minute-drive
Perigi (well) Hang Tuah : 10 minute-drive
Banda Hilir, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade Shopping Mall: 15 minute-drive
A Famosa : 15 minute-drive
Melaka Sentral / Tesco / Jusco : 15 minute-drive
Bandar Melaka : 16 minute-drive
Hard Rock Cafe : 16 minute-drive
Jonkers Walk : 16 minute-drive
Menara Taming Sari :16 minute-drive
Melaka River Cruise : 16 minute-drive
Melaka Monorail : 17 minute-drive
Bandar Muar (Bandar Maharani) : 30 minute-drive




Apa-apa pun kami enjoy semasa di http://limastiga.blogspot.com/ dan berharap akan bercuti lagi di sini.  Terima kasih kepada ipar-duai dan seluruh warga Mas'od Family atas percutian yang sangat bermakna untuk tahun 2015.