Assalamualaikum...
Cuti sekolah tiba lagi....wohaa! anak2 mula la bertanya harus kemanakah cuti kali ini...uhukk. Berlainan sungguh anak2 zaman sekarang dengan zaman masa aku dulu. Masa aku dulu tiba waktu cuti persekolahan jer paling jauh mak dan bapa aku akan bawa balik kampung je...idak pun terperap la kat rumah tengok tv sampai lebam. Anak zaman sekarang bagi dia org cuti adalah waktu untuk berjalan2
Cuti Pertengahan kali ni aku tak payah nak pikir sebab keluarga sebelah en suami dah plan untuk bercuti bersama-sama ke Melaka. Destinasi pilihan adalah ke Limastiga Private Vacation Villa. Urusan Booking semua abang2 & kak ipaq buat...so kami ikut saja apa yg dah di rancangkan. Tapi kalau tengok booking kalender limastiga ...fuhhh..memang kebanyakkan dah penuh sahaja. Ada member bagi tahu nak book setahun before pun dah penuh terutama musim cuti sekolah...larissssss gitu..ahaks
Family encik suami ambil pakage 4 hari 3 malam. Memandangkan Family encik suami agak besar (11 fmly) maka kami share bilik...1 bilik masuk 2 keluarga. Family aku dok kat Rumah 1...
Apa yg ada dan menarik kat rumah 1 :
~ Ruang bilik yang besar ( 2 bilik shj)
~ 2 katil Queen size
~ bilik air every room,
~ Kelengkapan untuk 'iron' baju
~ Sejadah disediakan
~ Ruang tamu yang sangat la besarnya, tv, perabot, toto tambahan
~ Dapur, kelengkapan memasak, pinggan mangkuk, microvawe, peti sejuk dan lain2
***Untuk pengetahuan semua peralatan memasak boleh digunakan tanpa was-was yaa.... Ini kerana penginapan ini hanya dibuka kepada muslim sahaja. So tak perlu la nak angkut periuk nasi & pinggang mangkuk bagai...
(bilik air yg bersih and open air...hehehe)
(nampak tak ruang tamu yg besar....ini sempena pertandingan mewarna ...wohaa!!)
Persekitaran adalah sangat bersih dan damai ...sesuai sangat bagi mereka yang inginkan ketenangan sambil beriadah bersama keluarga. Kiranya aku memang suka lahhh !!! Biar gambar berbicara lah yerrr...wohaaa!!!
lepas mandi pool boleh siram badan kat sini sebelum masuk ke bilik...suka sangat dengan pokok yang lekat kat dinding tu...ihik!
** untuk bilik kalau boleh sentiasa tutup pintu sebab ada juga nyamuk bila malam-malam...sebenarnya ada ikan yg dibela dikawasan yang ada air...tapi nyamuk tetap adaaaa...
Untuk Rumah 2 (ada 3 bilik, 2 attach room 1 kat bhg luar ) dan 3 (1 bilik sahaja sebab tingkat bawah adalah bilik karaoke) keadaan bilik sama seperti bilik kat rumah 1 cuma tak ada ruang tamu n dapur. Tapi ada ruang untuk berehat yang open air plus TV kat bahagian luar untuk bersantai.
Banyak aktiviti boleh buat dalam kawasan ni....sebab kira dalam ni family korang je yang ada. Aktiviti dalam air mcm main bola rebut2...ehehe..memang meriah dan dapat mengeratkan lagi kemesraan sesama keluarga.
Swimming pool untuk dewasa
swimming pool untuk kanak-kanak
Anak- anak memang happy giler sebab boleh dikatakan kebanyakkan masa dihabiskan di dalam air. Sepanjang 4 hari disini aktiviti anak2 adalah : pagi bangun terus mandi kolam...naik kejap breakfast...turun balik mandi ...naik lunch...rehat jap...pukul 3 turun mandi...naik minum petang kejap...mandi sampai maghrib...naik utk dinner...pas dinner mandi lagi sampai ke tgh malam...huhuh

Sebenarnya banyak juga aktiviti yang telah dirancang dalam percutian kali ini...termasuklah aktiviti kat bawah ni...mewarna utk kanak bawah 5 tahun, melukis, kuiz utk dewasa, manjahit tulang belut utk ibu2 (aku memang tak join ler bab-bab menjahit...ehehe...sebab tangan keressss)...karaoke dan banyak lagi.
Kebanyakkan masa akan dihabiskan di bahagian tengah/berdekatan BBQ area yang dipanggil Pavillion. Kiranya macam dewan makan atau dewan untuk berkumpul sambil bersantai la. Agak luas kawasannya dan boleh memuatkan semua keluarga sambil menjalankan aktiviti outdoor.
Khusuk sungguh anak aku mewarna....siap baring2 lagik :-P
hadiah sedia menanti untuk pemenang..ihiks
Wohaaa!!!...family aku menang 3 hamper untuk aktiviti yang dijalankan...encik suami lerr...aku busy jaga anak2..ahaha
Berkenaan makanan semasa menginap di sini...jangan susah hati sebab ada banyak pilihan samada nak amik je sekali pakej yang disediakan oleh Limastiga atau tempah catering dikawasan villa atau boleh juga masak sendiri. Macam aku n fmly hari tu tempah catering luar n masak sendiri sebagai tambahan.
Bagi mereka yang suka ber BBQ... nak buat tiap2 malam pun boleh ...memang disediakan tempat dan peralatan untuk sessi bakar membakar...cuma perlu sediakan apa yang hendak di bakar n BBQ sendiri. Macam aku (kak ipaq sebanarnya...ehehe) hari tu sempat la buat ayam, ikan, hotdog, sate ....apa yang penting lepas guna semua peralatan haruslah dikemaskan dan dibersihkan semula.
Kat sini ada juga disediakan bilik karaoke bagi mereka yang suka menyanyi. Tapi kena sewa lain la....bukan masuk dalam pakej. Sejam RM40 dan boleh sewa dari pukul 9.00 sampai 12 malam. Disediakan LCD touch screen song selector, LCD Projector (Big Screen) n Berringer sound system. Kira kababoom la kalau nak nyanyi ...suara sedap ka x sedap ka...ada aku kesah....hahaha
Best menginap di Limastiga ni sebab ia berdekatan tempat-tempat yang menarik disekitar Melaka. Kiranya tak perlu la drive jauh untuk makan atau melawat tempat-tempat bersejarah juga untuk shopping.
Antaranya adalah :
Muara Ikan Bakar Umbai ( the famous grilled fish): 2 minute-drive
Restoran Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka : 3 minute-drive
Nakhoda Seafood : 3 minutes drive
Istana Seafood Restoran : 4 minute-drive
Jetty to Pulau Besar : 4 minute-drive
Perigi (well) Hang Tuah : 10 minute-drive
Banda Hilir, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade Shopping Mall: 15 minute-drive
A Famosa : 15 minute-drive
Melaka Sentral / Tesco / Jusco : 15 minute-drive
Bandar Melaka : 16 minute-drive
Hard Rock Cafe : 16 minute-drive
Jonkers Walk : 16 minute-drive
Menara Taming Sari :16 minute-drive
Melaka River Cruise : 16 minute-drive
Melaka Monorail : 17 minute-drive
Bandar Muar (Bandar Maharani) : 30 minute-drive
Restoran Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka : 3 minute-drive
Nakhoda Seafood : 3 minutes drive
Istana Seafood Restoran : 4 minute-drive
Jetty to Pulau Besar : 4 minute-drive
Perigi (well) Hang Tuah : 10 minute-drive
Banda Hilir, Dataran Pahlawan, Mahkota Parade Shopping Mall: 15 minute-drive
A Famosa : 15 minute-drive
Melaka Sentral / Tesco / Jusco : 15 minute-drive
Bandar Melaka : 16 minute-drive
Hard Rock Cafe : 16 minute-drive
Jonkers Walk : 16 minute-drive
Menara Taming Sari :16 minute-drive
Melaka River Cruise : 16 minute-drive
Melaka Monorail : 17 minute-drive
Bandar Muar (Bandar Maharani) : 30 minute-drive
Apa-apa pun kami enjoy semasa di http://limastiga.blogspot.com/ dan berharap akan bercuti lagi di sini. Terima kasih kepada ipar-duai dan seluruh warga Mas'od Family atas percutian yang sangat bermakna untuk tahun 2015.