*** EDISI TERPERAP 2017
Pakej : 4H3M (selamatbercuti.com)
Tour Guide : Ms. Lily
Kos Pakej : RM 1450/pax ( All in )
Kos Shopping : Ikut kemampuan
Percutian awal tahun kali ini bersempena dengan cuti sekolah selama seminggu (bila cuti sekolah jer baru la entry muncul...hehehe). Kali ni hakak n fmly join opis trip yang dianjurkan oleh opis tempat hakak kerja. Destinasi seperti kat atas...4H3M ke Chiang Mai & Chiang Rai.
Bila bos besar bagitau nak trip ke Chaing Mai & Chiang Rai jer, automatik hakak n kakak opis nie berpandangan dan siap tanya apa la yang ada kat Chiang Mai & Rai ni sampai bos beriya nak gi sana...blurrr jap...google please!!!!
Family trip kali ini, company opis hakak gunakan khidmat selamatbercuti.com . So semua aktiviti merekalah yg plan dan kami follow jew...(x payah pening pale...hehehe)
DAY 1
Lebih kurang dalam pukul 2.35 pm waktu Malaysia kami sampai di Chiang Mai International Airport. Perjalanan amik masa dalam 2 jam 45 minit jer dari KL ke Chiang Mai ni...hehe..waktu Malaysia dan chiang Mai lebih kurang sama jerrr...
Selesai aktiviti check out semua....bergerak la kami semua kepintu keluar untuk menaiki bus yang memang disediakan oleh agent yang dilantik. Surpriseeeee....semua orang dapat kalungan bunga yang dibuat dari bunga melur. Terasa macam wow! sangatttt...ehehehe...tapi aku pening kepala dengan bau munge tu
WAT Phrathat Doi suthep
Destinasi pertama selepas check-out adalah ke Wat Phrathat Doi Suthep Temple. Perjalanan dari Airport Chiang Mai adalah sekitar 1 Jam. Satu yang best kat Chiang Mai ni adalah jalan memang clear dan tak jam. Pengangkutan yg disediakan untuk pihak kami adalah bas. So kira sumbat semua segala bag dalam bus sebab tak check in hotel lagi. Semua ni sebab tak mau masa terbuang tanpa aktiviti...hehehe.
Waktu kami pergi ni adalah musim panas dah. 2 minggu sebelum ni cuaca di sini sejuk...suhu dalam belas2 jer. So sepanjang perjalanan akan kelihatan pokok2 tinggal ranting jer sebab baru je habis musim sejuk...rugi pula x de merasa pakai baju sejukkk memanjanggg...huhuhu
Dari atas temple ni boleh nampak la Airport dan bandar Chiang Mai keseluruhan. View memang cantik la..so pe lagi...semua amik kesempatan utk klik! klik sambil berposinggg....
Tunggu turn nak naik lift utk ke atas
Untuk naik ke atas temple ni ada 2 cara. Kalau korang nak free😁... naik la melalui tangga (semputtt dan mengah kalau tak cukup stamina..haha..sebab tinggi jugek) dan berbayar melalui lift (ticket dalam 30 Baht). Hakak sebab dah masuk dalam pakej tapi kena buat pilihan samada nak naik guna lift & turun guna tangga atau sebaliknya. Sebab Lily kata nak bagi rasaaaa....rasa la sangat kan. So opcosss pilih naik lift ...turun tangga sebab nak kena dokong anak wehhh!
Selesai berfoto2 kat atas tu...hakak n fmly turun awal almaklum la kena guna tangga plus dokong anak. Lepak depan temple tu. Berdepan dengan temple tu ada gerai2 yang menjual buah-buahan, pelbagai jenis jus,makanan dan cenderamata. Hakak terliur tengok jus mangga yg member dah beli awal...order la 1..perghh memang puas hati sebab pekat dan yg paling best murahhhh kalau nak bandingkan dgn Malaysia. Untuk makanan was2 sket la utk org Islam. Pulut mangga dia pun murahhh...cumanya kat sini yg kurang selesa sebab ada banyak anjing dok berkeliaran dan nak bermanja2...hahaha
Bila semua dah selesai dengan agenda masing2...bas pun sampai dan bergerak la ke Destinasi ke-2 iaitu ke Old Chiangmai Cultural Center (OCCC). Kami sampai dalam 6.00 pm waktu Thailand.
Masuk jer area OCCC kami disambut dan dijamu mata dengan pelbagai barangan kraf Thailand. Sebelum tu penjual strawberry sambut kami dulu dengan jualannya...hehe...manis dan harga sangat la murahhh berbanding kat Malaysia nie. So apa lagi kaki2 strawberry memang layan berpek2 beli sambil makan sepanjang perjalanan nak masuk OCCC.
nampak takkkkk...hehehe..semua pulun strawberry. Anak hakak pun join sekali!
Jangan terkejut pulak yer abg2 n hakak2...sebab pakaian penari kat OCCC ni bole dikatakan agak seksi..tapi nak wat cam ner sebab ni memang pakaian tradisional dia org..(terkejut ker sukeee!)
Masuk jer kat bahagian dalam OCCC ni bole nampak banyak tempat makan yang disediakan...pilih la samada nak duduk atas kerusi..atas pangkin atau bersila kat bawah jer...group kami lily pilihkan untuk duk bawah ...makan bersila sambil santai2..sesuai kot sebab ramai staff yg bawa anak2 kecik.
Menu makan malam pun dihidangkankan dimana berasal dari tradisional utara Thailand. Hidang kat atas tray kayu macam gambar bawah nie. Dia orang panggil " Khantoke". So far makanan sedap2 juga. Nasi pulak dia letak dalam bekas yang dianyam mcm tikar tu...sodapp pula nasi beras Thai kat sini nie...
masa tengah makan ni datang la photograper offer utk amik gambar. Hakak x ingat bape dia charge tapi kami amik ler juga...huhu
Dinner ni santai2 sangat sebab sambil makan dihidangkan dengan macam2 persembahan tradisional mereka mcm tarian, nyanyian, lakonan...lawan2 pedang punnn aderrr...terkesima hakak tengok. Yang penari pula memang kulit dia org cantikkk sangat..gebu dan putih mulus plus lemah gemalai tarian mereka iteww...
okay yang bawah ni penari dari Indonesia bukan dari Thai. Muslimah giteww...heheh Dr yuli wife opismate. Dia memang sporting sangat...hakak segan nk tunjuk skill uoalls...hehehe...sessi ni last sebelum tutup tirai...dia akan panggil tourist untuk mencuba tarian dia org.
Kenyang sudah, rehat sambil santai sudah, menari sudah...so tinggal upacara nak shopping kat bhg luar OCCC ni. Kebanyakkan barang kraft la..beg, t-shirt, cenderamata..tp seriuss murah dan masih bole kalau nak tawar lagi.
Settle semua kat OCCC ni hakak dan rombongan pun bergerak ler ke Chiang Rai. Sebab mlm 1st ni memang bermalam di Chiang Rai. Chiang Mai ke Chaing Rai ni dalam 152 km. Kira OCCC ni kat pertengahan la. Rehat sat dalam bas...biarkan driver bekerja pulak...huhuhu..
Sebelum check in kat Resort, Lily plan nak singgahkan kami kat pasar malam Chiang Rai. Sapa tak nak kan shopinggg...walaupun dah penat dari pagi sampai la malam perjalanan tapi bab shopinggg tetap bersemangat dan gagah..kahkahkah..best treatment katanyaaa! Yang tak bestnya bila Lily kata 1 hrs jerrrr....aduiii mana cukup. Bos besar dah ngantuk katanya...hehehe...
Gambar kat pasar malam Chiang Rai x der sebab hakak busy...hehehe..kalau nak tengok juga sila tanya cik google. Eh..eh..ada 1 rupanya selongkar dr IG hakak! Tapi seriussss rugi tak beli banyak kat sini sebab beza harga dengan kat Chiang Mai pasar malam sangat la banyak. Sini lagi murahhhh.....walaupun Pasar malam Chiang Mai lagi besar.
Kira 1 jam tu sepatutnya sightseeing sajokkk....tapi sebab tu jer masa yg diberi maka nyer kena sepantas kilat n mana berkenan jer terus sambar...skill tawar menawar jangan dilupa dik...perlu walaupun nak cepatt...hahaha..dapat la sambar beg jenis kain tu, seluar, selendang pashmina thai silk, t-shirt dan beberapa barang lagik. Walaupun rushing cam nak lari 4 x 100 m kejar mengejar...hakak tetap nak masuk acara nie...haha.
Naik bas balik semula bila cukup masa yang diberi dan acara seterusnya tenangkan diri sambil bye2 Pasar Malam Chiang Rai sebab nak gerak ke Hotel dan berehat.
Day 1 Hotel : Laluna Hotel & Resort, Chiang Rai
Hakak dan rombongan sampai kat Laluna Hotel & Resort ni kira hampir tengah malam dah. Besar kawasan resort ni siap ada swimming pool tapi sebab dah malam x der la hakak nak meninjau2 sbb seram pulak ...pokok besar2...hehe..(hakak kurang berani bukan takut...kehkeh) Uoalls bole tengok kat Pakcik Google yer..
Semua gambar Resort adalah waktu pagi...memalam sampai terus masuk bilik sebab dah lewat sampai....
Bilik air konsep tak der pintu...hehehe..tapi cantik la
Cafe tempat nak breakfast....cantikkk juga..semua under package so tak tau harga makanan kat sini. So far request semua makanan yang halal
Masa untuk berangkat ke destinasi seterusnya....x sempat nak explore resort ni sebab awal pagi dah kena teruskan perjalanan.
Nanti hakak sambung balik kat entry Chiang Mai & Chiang Rai Trip (Part 2)