Tuesday, 16 December 2014

Padang-Bukit Tinggi 4 Hari 3 malam - Part 3


PADANG - BUKIT TINGGI (DAY 03  & 04)


Hujan renyai2 membasahi lagi bumi minangkabau pagi ini. Pagi ni adalah hari terakhir kami di Bukit Tinggi sebelum berangkat ke Padang pada sebelah petang nanti. Seperti 2 hari yg lepas...breakfast dulu di hotel dan selepas itu bersiap-siap untuk check-out dan ke destinasi seterunya. 

Destinasi kami seterusnya adalah ke Lobang Jepang. Bayaran masuk pak Hendry yang uruskan dalam Rp5K seorang...tapi untuk bayaran Tourist Guard kena bayar asing. Sebab hujan masih turun agak lebat maka tak semua keluarga aku nak masuk sini...ditambah nak kena mendaki tangga lagi...so kami ber 6 jer yang masuk. Memula takut gak....dibuatnya hujan2 nie tetibe lobang tu runtuh cam ner...heheh (tinggi sungguh imiginasi ku...hihi)


Pintu masuk ke Lobang Jepang

nampak tak tangga tu ? semua sekali ada lebih kurang 132 tangga....perghhh...nak turun seronok jer...sat g nak naik...tercungap2 juga lerr...:-P


Lobang Jepang ni dibina dari tahun 1942-1945.  










bahagian dapur yang digunakan oleh tentera jepun untuk memasak....teror dia org ni...corong asap dia halakan ke hutan dan sangat dalam so susah orang luar nak kesan dia orang ni.

Ini pula lubang untuk membuang tahanan yang mati akibat disiksa atau sakit. Tentera jepun akan campak jer mayat mereka masuk dalam nie....ngeriii kan

Suasana kat dalam lobang japang ni ada part2 yang kena jalan sambil tunduk sebab bahagian atas sangat rendah. kalau tak hati2 memang benjol la kepala....hehehe

Hujan masih renyai2...tapi perjalanan harus diteruskan juga....hehehe...kali ini kami akan singgah di kedai koperasi Kiniko dimana terdapat perusahaan membuat dan menjual kerepek, pisang salai dan juga kopi. Benda yang best kat sini bagi aku la....pisang salai nyer....manis dan ranggup jer. So berpinggan-pinggan juga family aku ngap kat sini....minuman pula diberi percuma iaitu teh daun kopi...nak minum banyak mana pun ok...sebab free. Tapi aku x berapa suka dengan rasanya....hehehe...so sikit jer le aku minum :-P


Sambil makan pisang salai nie....boleh la tengok pemandangan kat sekeliling yang sangat cantik dan nyaman....(time datang ni...hujan masih renyai2). Congkak & chess tu memang tersedia ada kat meja tu....so anak2 boleh la main congkak sambil makan pisang salai....

Sementara ibuk2 dan bapak2 boleh borak2 sambil makan pisang salai berpinggan-pinggan...ehehe..sodapppp






Setelah bershopping membeli kerepek, pisang salai dah kopi....kami pun meneruskan perjalanan untuk makan tengahari...(padahal perut masih kenyang sebab makan pisang salai...:-P)

Makan tengah hari kami sekeluarga pada hari ketiga ini di tengah sawah Pondok Flora. Pemandangan sekeliling macam makan kat tengah sawah Menu adalah ikan bakar dan ada juga minang punya masakkan.



Selesai makan kami pun berangkat untuk ke Istana Pagaruyung. Tak sah kalau ke padang-bukit tinggi tak singgah kat sini. Istana ni berbentuk Rumah Gadang dengan senibina tradisional Minangkabau. Menurut pak hendry Istana yang asli telah musnah terbakar....so yang ada sekarang ni adalah hasil binaan semula. Masa aku sampai tu sangat la ramai orang   diluar...hehehe tapi masa snap gambar2 nie semua pelawat dah lari sebab hujan tiba2 datang menyambut kedatangan kami....








pemandangan diluar istana Pagaruyung yang nyaman , sejuk dan sangat mendamaikan.




Keadaan di dalam istana yang dipenuhi dgn ukiran dan tekad tradisional.

Kami tidak berada lama di istana Pagaruyung ini dan hanya sekadar mengambil beberapa keping gambar. Kat sini sebenarnya ada juga ditawarkan sewaan baju dan pakej bergambar bagi mereka yang ingin merakamkan gambar kenangan. Harga dan Pakej? hehehe...minta maaf sebab aku tak sempat nak tanya sebab aku dah amik sessi bergambar masa kat Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang pada hari pertama sampai kat bukit tinggi nie....whoaa!

Destinasi seterusnya adalah ke Danau Singkarak (nie semua on d way nak balik ke Padang dari Bukit Tinggi). Pemandangan kat sini sangat la cantik dan tenang. Waktu sampai kat sini dah petang....so x der kabus dah. Sampai je Pak Hendry suruh kami semua naik bot untuk tengok pemandangan dengan lebih dekat kat Danau ni...semua family member naik kecuali en suami ku & bapaku...dia orang dah letih dan malas nak join ( ker sebenarnya takut sebab dia orang tak bagi pun baju lifejaket kalau apa2 berlaku)...aku pun sebenarnya cuak gak...tapi anak2 nak naik bot...so mengalah la ikutkan juga. Alhamdulillah tak der apa2 kejadian buruk yang berlaku...semua ok setelah selesai meninjau pemandangan dari atas bot lebih kurang 45 minit juga la....










Rehat sebentar sambil makan petang...hahaha...makan petang la sangattttt...sebenarnya kat tepi tasik tu ada peniaga buah2 an...so kami pun apa lagi meratah durian, ciku dan mangga la....harga agak murah berbanding dengan Malaysia. Tapi seriussss cakap tang durian tu....Durian Malaysia lagi sedapppp lahhh!

Perjalanan diteruskan semula ke Bandar Padang sebab ikut Plan malam ni akan menginap di padang bagi memudahkan urusan balik ke Malaysia esok harinya. Perjalanan dari Bukit Tinggi ke Padang kami ditemani dengan hujan sepanjang perjalanan....Anak2 lena tidur kepenatan...aku x dapat nak lelapkan mata sebab jalan sepanjang tu sangat la menakutkan dan mendebarkan...kecik dan nampak licin sebab hujan kan...






Kami sampai di Padang sekitar hampir maghrib. Huh...mencabar sungguh perjalanan plus jemmm.....banyak jalan yang rosak akibat hujan lebat. Hanya pemandu yang biasa berulang alik dan tahu selok belok je yang nampak mudah. Kami check in di Hotel AXANA. Semua family member masing2 dah penat so malam selepas dinner semua masuk awal tidorrr...whoaaa!

DAY 04

Hari ni adalah hari terakhir kami berada di bumi Padang. So pagi2 breakfast di hotel penginapan dan bersiap2 untuk check out dan menuju ker Bandara Internasional Minagkabau Airport. Memandangkan masih awal lagi so kami dibawa bersiar2 tanpa keluar dari bas...hahaha...ke Jambatan Siti Nurbaya yang terkenal itu.....juga destinasi terakhir adalah makan ke gerai soto yang bedekatan dengan Air port.




Kami sampai awal di Airport sebab Pak Hendry pesan biar awal jangan lambat....sampai jer siap menunggu agen yg diupah untuk check in kan semua barang2 yg kami bawa & beli. Kata Pak Hendry ...bukan apa untuk memudahkan dan melancarkan urusan. Setelah mengucapkan terima kasih dah sebagainya pada Pak Hendry...kami pun masuk berehat sambil menunggu masa untuk berlepas...
( pssst....masa banyak lagi so aku & kak long decide gi berurut kaki kat airport tu...murah jer...hehehe)

SELAMAT TINGGAL BUMI MINANGKABAU.....InsyaAllah ada rezeki kami datang lagiiiii





Tuesday, 27 May 2014

Padang-Bukit Tinggi 4 Hari 3 malam - Part 2


PADANG - BUKIT TINGGI (DAY 02)

Hari Ke-2 Kami di Bukit Tinggi  dimulakan dengan breakfast kat Nikita Hotel. Breakfast kat sini simple jer...tapi alhamdulillah kenyang. Sementara Tunggu Pak Hendry sampai sempat la berfb dan IG kat lobby (ada wifi....jangan risau bagi yg nak menginap di sini...penting zaman ni hotel ada wifi...ihikk)

Destinasi pertama pagi ni adalah ke Sulaman Annisa. Wah...hebat sungguh...pagi2 dah pi shopping lagik...hahaha. Tapi mengikut Pak Hendry, adalah lagi murah kalau kami beli kain2 sulaman di toko2 sendiri berbanding beli di Pasar Atas  kalau datang musim cuti sekolah atau hujung tahun. . Harga jauh lebih murah dan boleh ditawar. Tapi kat butik Annisa nie harga dia agak mahal tapi berkualiti la kain dia. Aku tak beli pun sebab tgok harga macam sama jer kat Malaysia :-P . Kat sini baju blouse ada banyak pilihan juga.....baju kaum bapak2 juga ada ya ibuk-ibuk...heheh




 nampak tak anak2 dan encik suami2 agak bosan dan buat ativiti sendiri...hehe

Kat Anissa nie bapak aku jer yang shopping...yang lain shopping tingkap jerrr...hehehe. Hari nie destinasi utama adalah ke Danau Maninjau yang terletak di Kecamatan Tanjung Raya, Sumatera Barat (kelok 43). Sepanjang perjalanan cuaca sangat nyaman dan sejuk jer. Perjalanan mengambil masa sekitar 1 Jam tapi jalannya....fuhhh...berkelok-kelok (berliku-liku) macam ular kena palu dan kecil...bila nak berselisih dgn kenderaan lain kena bunyikan hon supaya tak tersangkut... Time nie anak aku yang dari semalam asyik muntah2 dan cerry berry sangat la kesian....walaupun pagi tu sebelum bertolak sempat beli ubat kat farmasi tapi masih tak baik. 



Pemandangan sangat cantik uoallss.....




singgah di gerai ni utk mengopi, mengeteh...yg istimewanya letak halia..eyuwww...aku x abes sbb x suka...:-(






Setelah melalui jalan yg berliku-liku dan agak gayat...akhirnya sampai la kami di Danau Maninjau. Waktu tu dalam pukul 11 waktu sana (jam yang tepapar kat gambar adalah waktu malaysia) tapi kabus sangat tebal...so tak dapat nak tengok Danau tu lagi. Pak Hendry kata.....tunggu sekejap dan jamu selera dulu kat gerai yang ada....





 





 Apam yang dibuat dari Labu, Pais Ikan, tepung goreng dgn bilis ( sedap menurut kata adik ipar aku...heheh...aku x join sebab takut sakit perutt...)








tadaaaaa----->>Akhirnya penantian pun berakhir....hehehe kabus pun dah makin kurang...so dapat la kami menikmati pemandangan yang sangat cantik di Danau Maninjau :-).....Mengikut kata pak Hendry asal Danau nie adalah gunung merapi.
(siapakah itu ?...hehehe... tu mak aku sebok amik biji bunga dahlia sebab sangat tertarik tengok bungannya yang sangat cantik dan sangat subur...:-) sanggup tuh....hahaha)

Setelah puas ber"potretan" dan kenyang makan digerai yang ada kat situ...kami pun bertolak semula ke bukit tinggi dan menenpuh perjalanan yang sama melalui kelok-kelok yang sangat mencabar...(time nie aku pun dah pening2 dan hampir nak uwekkkss...adusss)

Kami singgah makan tengahari di tengah sawah ....Rumah Makan Pondok Flora. Tapi sayang time nie tak sempat nak amik gambo sebab masing sebok makan sambil anak2 sebok tgok ikan...hahaha. Hidangan kat sini banyak berasaskan ikan sungai...so sapa yang tak makan ikan sungai jangan susah hati...seperti biasa ayam pun ada.

Perjalanan diteruskan ke Silver Work Welisyar. Kat sini sapa yang berminat nak beli cincin or batu2 yang pelbagai dan diukir secara halus boleh datang ke sini.




 Kat sini sempat la aku beli cincin batu zamrud...harga agak murah rasanya kalau nak dibandingkan dengan harga pasaran....kak long pulak beli cincin dari jenis batu jade. Selain dari cincin, rantai dan perhiasan wanita banyak dijual kat sini....


yehaaa!!...Shopping Time!!!! Memandangkan hari macam nak hujan, maka kami membuat keputusan untuk terus pergi ke Pasar Atas sahaja ya ibuk2 n bapak2...kerena disana tempatnya didalam bangunan. Jadinya biaren ujan masih boleh nyopping ya...hahaha. Macam-macam ada jual kat sini dari baju sulam, tudung, t-shirt, kerepek, makanan yg pelbagai, seluar, beg, kasut...semua adalah. uwangnya aja disedia in ya...

Jam Gadang tanda mercu (landmark) Bukit Tinggi

Misi shopping aku kat Pasar Atas ni adalah untuk cari baju sulam dan tudung. Tapi bila banding-bandingkan harga di toko2 dengan pasar Atas ni aku rasa sini lagi mahal (may be sebab time cuti sekolah kot). Boleh tawar juga tapi tak banyak pun...kiranya masih murah lagi harga kat toko2 sulaman. Seperti biasa kak long n mak aku la yang akan memborong...heheh...aku? aku kan pembeli berhemah....whoaa!



Time kat Pasar Atas nie hujan dah mula turun....pak hendry pulak awal2 dah pesan...balik dia org tak amik sebab hotel dekat jer dari sini...dia suruh kita jalan or naik kuda...erkkk...sebab dah setuju tadi so kena ikut ler. So nampaknya kena Shopping sampai hujan reda la nampaknya :-) ...

Selesai semua ber"tawaf"...heheh...time utk balik ke hotel untuk berehat. Nak jalan dah malas...so semua pakat2 nak naik kuda lerr....harga? heheh tak ingat dah...dalam Rp 35000 rasanya. 




 nana sempat tertidur masa naik kuda...hai la anak :-) penat sangat rasanya...




Sampai di Nikita hotel masing2 dah penat...so rehat2 jap...lepas maghrib kami pun berkumpul di lobi untuk pergi makan malam di Restoran Pondok Baselo. Awal-awal kami dah cakap kat Pak Hendry....malam nie x nak makan lagi masakkan minang...hahah...semua dah x berapa nak "jalan"...so request nak makan seefood....yeayyy!!! akhirnya....dapat gak.



alhamdulillah...kenyang dah...:-) dalam botol tu air teh yerrr

fuhh...macam kat dalam istana pula deko dia...

Sepatutnya lepas makan malam nie acaranya adalah balik ke hotel dan berehat....tapi disebabkan masih tak puas hati waktu di shopping di Pasar Atas (sebab mahal ) maka kami decide pujuk pak hendry untuk pergi semula ke Toko Sulaman yang sebelum ini. Pujuk2 akhirnya...pak hendry setuju....so dia call owner Toko tu  sebab time ni selalunya toko2 semua dah tutup ( seb baik owner tu kawan dia...hehhe) untuk membuka kedai semula...hahaha...nampak tak?? betapa seriussssssnya kak long, mak su and mak aku (termasuk aku) nak beriya2 utk habiessss kan Rupiah...hahha...yang pasti akhirnya semua puas hati dan berjuta2 rupiah abesss dah....yang risau pak Hendry, siap soh simpan duit utk bayar agen masa kat aiport nanti..kehkehkeh..




ok.....done day 02...happy mode !!! day 03 aku sambung kat Part 3 nanti.