Tuesday, 16 December 2014

Padang-Bukit Tinggi 4 Hari 3 malam - Part 3


PADANG - BUKIT TINGGI (DAY 03  & 04)


Hujan renyai2 membasahi lagi bumi minangkabau pagi ini. Pagi ni adalah hari terakhir kami di Bukit Tinggi sebelum berangkat ke Padang pada sebelah petang nanti. Seperti 2 hari yg lepas...breakfast dulu di hotel dan selepas itu bersiap-siap untuk check-out dan ke destinasi seterunya. 

Destinasi kami seterusnya adalah ke Lobang Jepang. Bayaran masuk pak Hendry yang uruskan dalam Rp5K seorang...tapi untuk bayaran Tourist Guard kena bayar asing. Sebab hujan masih turun agak lebat maka tak semua keluarga aku nak masuk sini...ditambah nak kena mendaki tangga lagi...so kami ber 6 jer yang masuk. Memula takut gak....dibuatnya hujan2 nie tetibe lobang tu runtuh cam ner...heheh (tinggi sungguh imiginasi ku...hihi)


Pintu masuk ke Lobang Jepang

nampak tak tangga tu ? semua sekali ada lebih kurang 132 tangga....perghhh...nak turun seronok jer...sat g nak naik...tercungap2 juga lerr...:-P


Lobang Jepang ni dibina dari tahun 1942-1945.  










bahagian dapur yang digunakan oleh tentera jepun untuk memasak....teror dia org ni...corong asap dia halakan ke hutan dan sangat dalam so susah orang luar nak kesan dia orang ni.

Ini pula lubang untuk membuang tahanan yang mati akibat disiksa atau sakit. Tentera jepun akan campak jer mayat mereka masuk dalam nie....ngeriii kan

Suasana kat dalam lobang japang ni ada part2 yang kena jalan sambil tunduk sebab bahagian atas sangat rendah. kalau tak hati2 memang benjol la kepala....hehehe

Hujan masih renyai2...tapi perjalanan harus diteruskan juga....hehehe...kali ini kami akan singgah di kedai koperasi Kiniko dimana terdapat perusahaan membuat dan menjual kerepek, pisang salai dan juga kopi. Benda yang best kat sini bagi aku la....pisang salai nyer....manis dan ranggup jer. So berpinggan-pinggan juga family aku ngap kat sini....minuman pula diberi percuma iaitu teh daun kopi...nak minum banyak mana pun ok...sebab free. Tapi aku x berapa suka dengan rasanya....hehehe...so sikit jer le aku minum :-P


Sambil makan pisang salai nie....boleh la tengok pemandangan kat sekeliling yang sangat cantik dan nyaman....(time datang ni...hujan masih renyai2). Congkak & chess tu memang tersedia ada kat meja tu....so anak2 boleh la main congkak sambil makan pisang salai....

Sementara ibuk2 dan bapak2 boleh borak2 sambil makan pisang salai berpinggan-pinggan...ehehe..sodapppp






Setelah bershopping membeli kerepek, pisang salai dah kopi....kami pun meneruskan perjalanan untuk makan tengahari...(padahal perut masih kenyang sebab makan pisang salai...:-P)

Makan tengah hari kami sekeluarga pada hari ketiga ini di tengah sawah Pondok Flora. Pemandangan sekeliling macam makan kat tengah sawah Menu adalah ikan bakar dan ada juga minang punya masakkan.



Selesai makan kami pun berangkat untuk ke Istana Pagaruyung. Tak sah kalau ke padang-bukit tinggi tak singgah kat sini. Istana ni berbentuk Rumah Gadang dengan senibina tradisional Minangkabau. Menurut pak hendry Istana yang asli telah musnah terbakar....so yang ada sekarang ni adalah hasil binaan semula. Masa aku sampai tu sangat la ramai orang   diluar...hehehe tapi masa snap gambar2 nie semua pelawat dah lari sebab hujan tiba2 datang menyambut kedatangan kami....








pemandangan diluar istana Pagaruyung yang nyaman , sejuk dan sangat mendamaikan.




Keadaan di dalam istana yang dipenuhi dgn ukiran dan tekad tradisional.

Kami tidak berada lama di istana Pagaruyung ini dan hanya sekadar mengambil beberapa keping gambar. Kat sini sebenarnya ada juga ditawarkan sewaan baju dan pakej bergambar bagi mereka yang ingin merakamkan gambar kenangan. Harga dan Pakej? hehehe...minta maaf sebab aku tak sempat nak tanya sebab aku dah amik sessi bergambar masa kat Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang pada hari pertama sampai kat bukit tinggi nie....whoaa!

Destinasi seterusnya adalah ke Danau Singkarak (nie semua on d way nak balik ke Padang dari Bukit Tinggi). Pemandangan kat sini sangat la cantik dan tenang. Waktu sampai kat sini dah petang....so x der kabus dah. Sampai je Pak Hendry suruh kami semua naik bot untuk tengok pemandangan dengan lebih dekat kat Danau ni...semua family member naik kecuali en suami ku & bapaku...dia orang dah letih dan malas nak join ( ker sebenarnya takut sebab dia orang tak bagi pun baju lifejaket kalau apa2 berlaku)...aku pun sebenarnya cuak gak...tapi anak2 nak naik bot...so mengalah la ikutkan juga. Alhamdulillah tak der apa2 kejadian buruk yang berlaku...semua ok setelah selesai meninjau pemandangan dari atas bot lebih kurang 45 minit juga la....










Rehat sebentar sambil makan petang...hahaha...makan petang la sangattttt...sebenarnya kat tepi tasik tu ada peniaga buah2 an...so kami pun apa lagi meratah durian, ciku dan mangga la....harga agak murah berbanding dengan Malaysia. Tapi seriussss cakap tang durian tu....Durian Malaysia lagi sedapppp lahhh!

Perjalanan diteruskan semula ke Bandar Padang sebab ikut Plan malam ni akan menginap di padang bagi memudahkan urusan balik ke Malaysia esok harinya. Perjalanan dari Bukit Tinggi ke Padang kami ditemani dengan hujan sepanjang perjalanan....Anak2 lena tidur kepenatan...aku x dapat nak lelapkan mata sebab jalan sepanjang tu sangat la menakutkan dan mendebarkan...kecik dan nampak licin sebab hujan kan...






Kami sampai di Padang sekitar hampir maghrib. Huh...mencabar sungguh perjalanan plus jemmm.....banyak jalan yang rosak akibat hujan lebat. Hanya pemandu yang biasa berulang alik dan tahu selok belok je yang nampak mudah. Kami check in di Hotel AXANA. Semua family member masing2 dah penat so malam selepas dinner semua masuk awal tidorrr...whoaaa!

DAY 04

Hari ni adalah hari terakhir kami berada di bumi Padang. So pagi2 breakfast di hotel penginapan dan bersiap2 untuk check out dan menuju ker Bandara Internasional Minagkabau Airport. Memandangkan masih awal lagi so kami dibawa bersiar2 tanpa keluar dari bas...hahaha...ke Jambatan Siti Nurbaya yang terkenal itu.....juga destinasi terakhir adalah makan ke gerai soto yang bedekatan dengan Air port.




Kami sampai awal di Airport sebab Pak Hendry pesan biar awal jangan lambat....sampai jer siap menunggu agen yg diupah untuk check in kan semua barang2 yg kami bawa & beli. Kata Pak Hendry ...bukan apa untuk memudahkan dan melancarkan urusan. Setelah mengucapkan terima kasih dah sebagainya pada Pak Hendry...kami pun masuk berehat sambil menunggu masa untuk berlepas...
( pssst....masa banyak lagi so aku & kak long decide gi berurut kaki kat airport tu...murah jer...hehehe)

SELAMAT TINGGAL BUMI MINANGKABAU.....InsyaAllah ada rezeki kami datang lagiiiii





No comments:

Post a Comment