Friday, 2 May 2014

Padang-Bukit Tinggi 4 Hari 3 malam - Part 1

Destinasi : KL-PADANG-BUKIT TINGGI-PADANG-KL
Hari : 4hari 3 Malam
Ticket Flight : RM400++/person
Pakej Ground Arrg : RM 550/person


Destinasi Family Gathering pada tahun 2013 yang lepas untuk family aku adalah Padang & Bukit Tinggi. Kira-kira last minute plan dari kak long n mak su.....bincang2 skit pas tu terus booking ticket. Semua urusan booking membooking kak long aku yg buat. So aku n adik "i follow" jerr...

Dari LCCT ticket 7.50am dan perjalanan mengambil masa sekitar 45 minit - 1 jam untuk sampai di Minagkabau International Airport. Tapi disebabkan beza waktu malaysia dgn padang adalah awal 1 jam...maka sampai di padang sekitar pukul 8.00 pagi waktu sana.

Kiranya sampai di padang masih pagi lagi. Sebenarnya kami telah menempah awal untuk ground arragement semasa di padang. Jadi keluar jer dah ada tour guide yg tunggu....yahooo...x yah pening2 nak pikio bak kata org perak utk ke destinasi pilihan kami...ehehehe 

Dari pintu keluar airport dah nampak bas yg akan membawa kami bersiar2 selama di sini. Anak2 lah paling gembira sbb x pernah naik bas....ingatkan cukup la nak naik van jer memandangkan ahli keluarga x ramai....sekali bagi gak bas...alhamdulillah. Sangat selesa sebab walaupun keluarga aku cuma 8 dewasa 4 kanak2 je.
cantik tak bus kami?



peace yooo irfan!

PADANG - BUKIT TINGGI (DAY 01)

Kami plan untuk pergi breakfast dulu memandangkan tak sempat untuk breakfast di LCCT...ingatkan dalam flight ada la jual Nasi lemak ker...rupa2nya untuk pernerbangan ke Padang tak ader. So kami cuma beli n makan benda2 merapu (gula2, coklat n biskut jer). Tour guide kami iaitu Pak Hendry cakap, sebab semua adalah satu fmly so kita boleh decide sendiri nak pegi mana2 selain dr tempat yg memang ada dlm itenary yg dia sediakan. So destinasi pertama kami adalah singgah bersarapan disebuah restoran (alamak...lupa nama restoran tu). Disebabkan masing2 tekak melayu so semua pun order air & roti canai. 


Ini la roti canai versi padang. Totally beza dari kat Malaysia. Kuah dia tak rasa kari pun tapi pedas. Roti dia pulak...Allahuakbar keras. Rasanya sedap lagi kalau beli yg roti canai segera tuh....hehehe....tp sbb dah oder & tak nak membazir...bedal sajer la labu...hehehe..sebab 10 keping roti canai (sebijik RM3.50 hokeyyy) + air +telur separuh masak 2 set...cost of RM 75++ ( kira lagi mahal dr Malaysia)

Naik balik bas dan teruskan perjalanan....Apa yg menarik kat Padang nie dia punya pemandangan dan udaranya nyaman n sejuk jerrr. Tapi sepanjang jalan dari Airport ke Bukit Tinggi nie kita akan melalui jalan yg sempit dan berliku2. Kalau tak biasa....sangat takut hokeyyy sbb tepi jalan tu dah lereng2 curam.

Destinasi persinggahan pertama kami adalah AIR Terjun Lembah Anai. Waktu kami sampai di air terjun tu ramai juga warga tempatan ada kat situ. Menurut pak Henry kalau kita basuh muka dgn air kat sini  boleh awet muda......dengar jer cam tu anak aku beriya-iya gi basuh muka kat air terjun tuh....hahaha. Tapi air nya memang sejuk la.




Kami teruskan perjalanan semula....dan kebetulan waktu dah hampir tengahari so pak Hendry bawa kami makan tengahari di Rumah Makan Pak Datuk. Kalau datang Padang sure la menu dia semua adalah nasi padang. Harga aku tak pasti berapa sebab dah masuk dalam pakage sekali.


kagum sekejap dgn nama tuh....hehe





Alhamdulillah makanan nya sedap2 dan sangat selesa....sangat rekemen utk korang singgah sini untuk makan tengahari (hari pertama memang sedap sebab jakun lagi nasi Padang & menu2 dia....tgok hari ke-3 nanti rasa nak tgok pun dah x selera...hahaha). 

Perut dah kenyang so hati makin gumbiraa....perjalanan diteruskan ke Pusat Dokumentasi dan Informasi Kebudayaan Minangkabau Padang Panjang. Waktu kami datang cuaca sangat panas tapi angin sejuk sepoi2 bahasa katanya... buat tak la rasa bahangnya sangat walaupun waktu tu dah hampir pukul 1 waktu sana. kat sini kira macam muzium yg tempatkan barang2 lama & adat2 bangsa minang.

 tak guna sebiji paku pun...kagum juge tu



 menurut pegawai tu cakap...ni la tempat dia org simpan beras dan makanan dia org. Kiranya kalau berlaku kebakaran kat rumah induk, selamatlah & tak kebuluran.


Kat sini juga disediakan baju tradisional orang minangkabau lengkap dgn pelamin sekali untuk disewa dan pakai kalau nak amik gambar sebagai kenangan dengan bayaran Rp35,000 seorang (baju & accesories). Sebenarnya kat Istana Pagar Ruyung pun ada gak sediakan sewaan pakaian tradisional Minangkabau ni tapi selalunya kat sana orang ramai dan kuraang selesa (panas berbanding kat sini).

contoh pakaian yg disediakan disini :-P


Lama juga kami kat sini sbb semua teringin jadi pengantin semula...ihikss....sangat berat hokeyy benda yg atas kepala itu...nak gerak pun mcm takut2 jer. Semua nampak gemukss sebab pakai baju lapis ( nampak tak alasan kat situ...x nak ngaku mmg dah berisi...eheheh) Kat sini juga dia org sediakan jurugambar kalau nak buat kenangan.

Selepas puas bergambar dengan baju tradisional Minangkabau, kami meneruskan perjalanan dan berhenti di Butik Kain Putri Minang. Di sini aku jadi rambang mata sebab kainnya cantik-cantik dan berkualiti.  Tapi maaf tak sempat nak snap gambo banyak2 sebab time nie sangattttt busy...ahahaha.... Banyak rupiah abis kat sini terutama kak long ku...aku? aku kena bershopping dgn berhemah supaya rupiah sentiasa mencukupi untuk shopping ditempat lain nanti...hehehe. Tapi jangan risau sebab kat sini harganya boleh ditawar, pekerja-pekerjanya pun ramah serta comei2.



Ok...dah abis shopping kat sini...perjalanan harus diteruskan ya bapak-bapak dan ibuk-ibuk. Destinasi seterusnya adalah ke Kedai Sulaman Pandai Sikek atau bermaksud pandai sikat atau pandai menenun. 
Kat sini Kain sulaman agak mahal sebab ditenun sendiri dgn tangan dan kadang2 memakan masa yg lama untuk disiapkan. Tenunannya halus....kat sini juga kami diberi peluang untuk mencuba sendiri menenun kain sulaman. Aku? cuba gak tapi kalau disuruh kerja jadi penenun memang minta ampun banyak2...sbb aku ni jenis cepat bosan...sedang kan buat sulaman nie kena tekun dan buat berulang2 kali...




 10 hari baru banyak tu tenunannya...aiseyyy..sgt mencabar!

 wah! makcik dah pandai menenun nampak!!




Selain baju sulaman, kat sini juga ada menjual kain telekong untuk ibuk-ibuk ya...macam kat gambar bawah nie telekong untuk travel boleh dapat dalam RM20 jer...ada bermacam2 color. Kalau beli banyak boleh murah lagi....dan seperti biasa kak long n mak aku lah yg memborong lagi dan lagi....Aku? beli la gak tapi sekadar untuk kegunaan sendiri dan bagi kat kawan sket....hehehe



Kat sini gak ada jer jual kain pelikat, kupiah, baju utk bapak2 juga. Tapi seriusss cakap...kaum bapak2 akan terasa sedikit kebosanan sebab kena tunggu kaum ibuk2 memilih, menawar agak lama...ahahah.
Bila semua dah puas hati membeli dan menawar, perjalanan pun diteruskan. Kalau ikutkan waktu ni dah pukul 8 kat malaysia, tapi kat sini baru pkl 7 mlm. Kami terus check in hotel. Hotel ni dah masuk dalam pakej yang dia org sediakan. Kami check in di Nikita Hotel. So far hotel ok dan selesa cuma deko dia dlm bilik mcm stail lama. Tapi bagi mereka yang tak boleh tido tanpa ada aircond (walaupun kat bukit tinggi ni kira sejuk dia mcm kat cameroon highland) sila rekuesss awal2 bilik yang ada Aircond. Mcm bilik aku x der aircond tp memalam sejuk la...lepas mandi dan segarkan badan,solat maghrib jamak sekali yer....kami pun bersiap2 untuk keluar makan malam. 

Nikita Hotel Bukit Tinggi

Makan mlm kami di Rumah Makan Simpang Raya...menu masih juga minang stail. Sedap-sedap juga makanan kat sini. Harga juga termasuk dalam Pakej. 



Masing-masing udah lotih kome...tumpo nampoknye (sila baca ikut bahasa perak stail) seharian perjalanan dari airport padang ke bukit tinggi ....menempuh jam, jalan yang sempit berliku2, shopping di hari pertama...so kami decide untuk balik ker hotel berehat selepas makan malam dengan harapan esok bangun awal dan kumpul tenaga banyak2 untuk hari kedua trip & shopping lagi...dan lagi...dan lagi...hahaha

Untuk hari kedua dan destinasi2 menarik di bukit tinggi...nanti aku sambung kemudian eh!


 Nota kaki : 

1. Walaupun jalan jem tapi aku tengok pemandu2 masih cool jer...tak der marah2 pun...may be sebab persekitan yang sejuk mempengaruhi sifat2 amarah mereka...aku? bagi diri aku rasa yer...sbb aku rasa cool jer walaupun jln jem teruk juga sebab time aku pi ni time puncak kat bukit tinggi berbandung masa aku gi Jakarta dan Bandung. 













No comments:

Post a Comment